being deeply loved by someone gives you strength; loving someone deeply gives you courage..

Isnin, 8 Ogos 2011

BERITA PEMERGIAN NENEK....

28 Ogos 2010....
Pukul 4.30 pagi, abah kejut aku bangun dari tidur, abah bagitau yang nenek sudah meninggalkan kita semua pada pukul 4 pagi td... tanpa melengahkan masa n dalam keadaan mamai2, aku sekeluarga bersiap2 nk balik lepas kami bersahur.. keadaan sungguh kelam kabut n dalam waktu pagi2 buta tu aku drive menuju ke Melaka.. 

aku amik pak usu kat petro skudai n same konvoi ke Melaka membawa 1 misi.. hehe
dalam masa 2 jam setengah kitorg pon sampai.. kat umah mak long dah ramai orang.. n aku biasalah kene salam 1 by 1 n sume poj sebok tanye sape tuh..sape tuh... huhu... aku dengan muka manis pon menjawab la dengan jawapan yang mmg aku dah sediakan awal2 sbb dah target ape soalannya... adesss....
aku duduk n mula membaca Yassin untuk disedekahkan kpd arwah nenek.. orang makin ramai n ade yang mula menyediakan kelengkapan untuk kapan.. aku sangat teruja sbb memandangkan ini pengalaman aku yg pertama melihat jenazah dimandikan, dikapankan sehinggalah ke proses yang seterusnya..
nenek dibawa ke tempat mandi (yg ni aku x tengok la...) n selepas tu proses mengkapankan jenazah nenek...  proses kapan yang berlangsung di depan mata aku merupakan proses yang sangat berharga.. jarang dapat tengok n dapat melalui pengalaman seperti itu... huhu..

seterusnya tibalah masa semua ahli keluarga untuk cium nenek buat kali terakhir.. abah menangis.. sume menangis.. tp pelik,, mane ilang sume air mata aku... huhu apakah terlalu keras hati aku? aku tatap wajah nenek, nenek kelihatan tenang n seperti orang yang sedang tidur.. aku cakap ngn nenek agar nenek selamat sampai menemui Penciptanya..

kemudian muka nenek ditutup dan sedia dibawa untuk disembahyangkan dia surau berdekatan... aku tak ikot sampai ke kubur sebab, ntahla... pengalaman melihat pak andak dikebumikan menyebabkan aku tak ikot...

alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar.. nenek selamat pergi n aku bersyukur derita sakit nenek tidak lama.. kenangan bersama nenek tetap terpahat dalam ingatan hingga ke akhirnya.. semoga nenek aman di sana.. nenek menyahut panggilan Ilahi dalan bulan Ramadhan.. sesuatu yang kita semua impikan.. alhamdulillah.......

10 PETANDA DIA JODOH KITA....

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad

special request for special menu from special guest

hah! seperti yang dijanjikan... jeng..jeng... ari saya cuba la untuk jadi rajin huhu walaupon exam dah nk hampir.. tp dengan selamber je kan malas.. hehehe...

hari ni ade special guest iaitu nenda berdua la... hahah nenda tu teringin lak nk makan lontong dan kuah lodeh.. eceh.. macam la raya kann... hahahha jadi walaupon penat, temankan la jugak mama pegi cari bahan2.. dekat je.. kt leisure mall giant.. tempat selalu tengok movie... 

cuaca panas yang amat... tapi yang best nya selang dengan hujan, membuatkan orang sane cini batuk.. ape lagi puasa kan.. sental air batu je la... tp air batu umah saya buat sendiri tau... takot la nk beli air batu ketul kat luar sane..

err... cik abg saya dapat offer jd cikgu... weeee.... saje je kan nk bitau... okeh2 fullstop, nanti kang ade orang meluatss.. huahuahua.... tp secara jujurnya, ramadhan kali ini saya lebih dirahmati... terima kasih Ya Allah!!

ni la menu utama berbuka untuk hari ini.....



Ahad, 7 Ogos 2011

hey there...

hari ini merupakan hari ke-7 umat Islam di seluruh dunia berpuasa.. sayangnya saya x dapat membuka blog saya.. huhu jadi terpaksalah saya buka yang baru.. arghh!!! malasnya untuk memulakan sesuatu yang baru.. ye x? 
oh ya, banyak suka duka telah saya lalui sepanjang setahun kebelakangan ni.. ade yang pahit dan ada yang manis.. bukan manusia la namanya jika kita tidak diuji dengan pelbagai dugaan.. semuanya adalah untuk mengukuhkan iman kita... 
bagi saya, saya percaya Allah masih sayangkan saya dan Dia tak nak saya terus berduka.. percayalah setiap yang pahit itu akan manis jua akhirnya... saya telah menempuh kepahitan tetapi dia menghadiahkan saya kemanisan dalam hidup yang saya impikan selama ini, sama juga dengan orang lain.. Insyaallah saya ada berita gembira yang ingin saya sampaikan tapi belom lagi buat masa sekarang.. sbb belum kompem betol2.. hehehe... (malu okeh.. ngeeee....)
ok la.. saya nak design dulu blog baru ni sambil cuba2 untuk masuk ke blog lama... huhu... saya juga akan cuba mencilok semua isi kandungan blog lama agar dapat dijadikan panduan dan juga peringatan pada diri sendiri... (kalau rajin) weeee~~~

selamat berbuka~